Wednesday 29 August 2012

PERUTUSAN MERDEKA USNO SABAH 2012


SABAH TANAH AIR KU

OLEH : Abdullah Sani Hj Abdul Salleh
Naib Presiden Penaja USNO Sabah


Artikel ini Disediakan Bagi mengenang Jasa Perjuangan Parti Keramat USNO Sempena Hari Kemerdekaan ke 55 dan Pembentukan Malaysia ke 49




Peliharalah USNO, Jika Lemah USNO, Sabah Akan Sakit
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1972.



Parti keramat USNO (United Sabah Nasional Organisation) adalah roh dan semangat perjuangan Bumiputera Islam di Negeri Sabah, Di Serawak ada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Serawak), Malaya ada UMNO (United Malay Nasional Organisation) Di Sabah ada USNO (United Sabah Nasional Organisation) bagi meneruskan dan mengisi Kemerdekaan 3 Wilayah yang berkongsi Kemerdekaan Untuk Melindungi kepentingan Hak Bumiputera Negara ini dijaga dengan sebaik-baiknya tanpa had masa.



“Sekira  USNO lemah maka sudah tentu  Sabah akan SAKIT dan dengan ini jika sekira rakyat Sabah  taat setia kepada Malaysia, Maka wajiblah mereka itu Pelihara USNO dengan sebaik-baiknya dan turutilah Tun Mustapha”.

Petikan Ucapan Tunku Abdul Rahman Al Haj’ semasa USNO menyambut Ulang Tahun ke 10.


Tunku Abdul Rahman Al Haj’
Perdana Menteri Malaysia Pertama
8hb. Jun 1972.

Berangkali itulah yang dimaksudkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj’ bahawa USNO itu adalah Roh perjuangan rakyat Sabah dan menjadi Parti kemerdekaan Negara Sabah. Jika USNO lemah maka Sabah akan Sakit, Sabah akan Sakit, Sabah akan Sakit.

Persoalannya sekarang jika USNO Tiada , jika USNO Lenyap, jika USNO
Hilang, apa akan jadi :

              Kepada Rakyat Sabah?,
            Kepada Negeri Sabah?,
            Kepada Bumiputera Sabah?,
            Kepada Kedaulatan Sabah?,
            Kepada Perjanjian Sabah membentuk Malaysia?

  Kepada Pra-syarat Parti Parti Politik Sabah yang mewakili Suku suku kaum di Negeri Sabah (USNO,UNKO,SCA) bagi menjaminan Penyertaan Sabah dalam Malaysia, Parti Parti ini telah memaksukan tuntutan mereka 20 Perkara atau lebih  terkenal dengan panggilan ‘The 20 Point’ ditulis dan diabadikan dalam perbagai bentuk termasuklah diukirkan diatas batu seperti ‘Batu Sumpah Keningau Sabah’, bagi melindungi kepentingan Sabah dalam Federislm atau Persekutuan Malaysia demi masa depan anak cucu warisan tulin rakyat Sabah tanpa mengira Agama , Bangsa dan kesukuan . Seterusnya apa akan jadi Kepada Pembuntukan Malaysia, Apa akan jadi kepada Serawak dan apa akan jadi kepada Melayu di Malaya  Amnya?.

Petikan ucapkan Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj  yang terdapat diatas telah membayangkan kepada kita, bahawa Sabah akan sakit?  Sekarang USNO tiada, USNO telah dibatalkan Pendaftaran demi survival Politik UMNO yang didatangkan dari Malaya.

Persoalan ini lah yang menghantaui rakyat Sabah dan Generasi muda Sabah yang ingin melihat wujudnya Parti Tempatan seperti USNO mewakili mereka pada masa akan datang. Jika USNO tiada,bersedia kah kita menghadapi masa depan Sabah yang malap , bakal sakit? 

Bersediakah Parti keramat Melayu di Malaya UMNO bakal hilang dari ‘landskap’ Politik Sabah?. Dengan kehilangan USNO rakyat Sabah akan bakal melihat UMNO sebagai duri dalam daging dalam denyutan perjuangan penduduk Sabah dan menjadi satu kesulitan berterusan bagi Bumiputera Di Negeri Sabah.

USNO Kembali semula?

Sejarah USNO dan perjuangan Parti Keramat USNO yang tersurat dan juga tersirat sejak kemerdekaan kita, USNO memikili sentimental value yang amat mendalam terhadap kemerdekaan Negeri Sabah, kita perlu memahami motif sebenar menghidupkan USNO serta maksud sebenar yang perlu di selami oleh semua pihak yang terlibat. Kehilangan USNO akan menjejaskan dan memincangkan perjalanan panjang pembentukan Malaysia yang masih mudah ini dan dianggap masih mentah berbanding Negara-negara yang yang telah dibentuk melalui federislm atau kesatuan yang terdapat dimuka bumi sejak berakhirnya era penjajahan atau era colonialism.

Negara kita Malaysia yang bakal menyambut harijadi Pembentukannya  ke49 pada 16hb.Sept 2012 ini nampaknya masih terlalu mudah jika dibandingkan dengan Amerika yang sudah berusia lebih dari 237 tahun,Pembentukan Malaysia perlu dipertahankan secara realistik, keikhlasankerjasama tulin mengikut Perjanjian yang telah dibuat dan dimeteri pada 1963 yang dikenali sebagai Perjanjian Malaysia atau MA63.

        Kita juga perlu mengambil ikhtibar dari kesatuan Negara Soviet atau U.S.S.R membentuk 15 kesatuan Negeri yang pernah menjadi menjadi kuasa besar dunia pada satu ketika, ia dibentuk 90 tahun lalu (30th Dis 1922) tetapi hanya mampu bertahan  dalam usia singkat tidak sampai 69 tahun sehaja akhirnya USSR terpaksa berpecah belah kerana sebahagian kesatuan tidak berpuas hati terhadap layanan yang diberikan oleh kerajaan Pusat dan akhirnya meninggalkan kesatuan sorviet Union untuk memilih jalan mereka sendiri melalui kemerdekaan  antaranya Trio Baltik (Estonia,Lituania dan Latvia) seterusnya Armenia, AzerbaijanByelorusiaEstonia GeorgiaKazakhstanKirgizstanMoldavia,Rusia,Tajikistan,Turkmenistan,Ukraina,Uzbekistan.

  USNO Kembali semula?,.. yah USNO perlu kembali semula bagi menyelamatkan Perpecahan ideology politik Orang Islam di Sabah, Perpaduan  Rakyat  Sabah dan Rakyat Malaya, Perpaduan Bumiputera Islam dan Bukan Bumiputera Islam, Perpaduan  Wilayah Borneo dan Wilayah Semananjung dan seterusnya Perpaduan Bangsa Malaysia.

Tidak mungkin terbentuk Malaysia tanpa USNO, Tidak mungkin kita menikmati kemerdekaan ini tanpa USNO, tidak dapat dinafikan akitek pembentukan Malaysia adalah Parti USNO yang membawa kepada pengistiharan Pembentukan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah 16hb. Sept. 1963.


Petikan dan Ucapan Keramat Presiden USNO mengenai Pembentukan Malaysia

Sejarah USNO bermula dengan Pembentukan Parti itu bertempat di sebuah rumah di Kg. Ayer Kudat , Sabah pada tahun 1961 dengan diterajui oleh mesyarakat Bumiputera Islam Sabah yang terdiri dari kaum Bajau,Suluk,Brunei bersama bumiputera lain  akhirnya telah memilih seorang pemimpin yang bakal membentuk Negara Malaysia iaitu Tun Mustapha Bin Datu Harun sebagai pengasas dan Presiden pertamanya.

Kehebatan Tun Mustpaha yang menjadi Pemimpin USNO dan Negarawan Malaysia serta pemimpin unggul negeri Sabah tidak dapat dinafikan dari awal kepimpinannya sehinggalah beliau wafat pada 2hb. Jan 1996.

Tun Mustapha bukan sekadar bapa kemerdekaan Sabah, Tetapi beliau juga adalah BAPA PEMBENTUKAN MALAYSIA atau Bapa Malaysia , sejarah telah mencatitkan bahawa beliau adalah salah seorang yang menanda-tangani Perjanjian Pembentukan Malaysia MA63.

USNO memerintah Sabah melalui dan bersama Parti  Perikatan sejak Merdeka 1963 hingga  1976 dan USNO menjadi sebahagian gabungan komponen Pemerintahan Malaysia Melalui Gabungan Barisan Nasional BN sehingga ia dibubarkan secara teknikal oleh Pendaftar Pertubuhan pada 2004 dan memberikan laluan kepada UMNO di Negeri Sabah bagi mentadbir dan memelihara masa depan ahli-ahli USNO dan ahli-ahli dari Parti Berjaya bermula dari 1990 dengan Fomula perkongsian  14 (USNO) : 6 (Berjaya).

  Tun Mustapha menyedari bahawa UMNO tidak sesuai mentadbir dan mewakili ahli USNO dan Rakyat Sabah tidak sampai setahun berada di Sabah, kerana banyak perkara yang dimungkiri oleh pemimpin UMNO pada masa itu, Janji UMNO untuk Rakyat Sabah  ‘UMNO Sabah adalah untuk Rakyat Sabah’  telah dimungkiri oleh Pemimpin UMNO apabila mereka memcampuri Urusan kepimpinan UMNO Sabah bermula 1993.

Akhirnya Mantan Presiden USNO memutuskan untuk Menarik semula keputusanya dan meminta supaya ahli USNO kembali kepada Perjuangan asal rakyat Sabah iaitu Sabah mesti  di perintah oleh orang Sabah dalam Isthilah lain “SABAH FOR SABAHAN“ serta memberi sokongan kepada Parti PBS pada Pilihanraya 1994  dimana  Malaya tidak boleh jadi Tuan atau ‘Master’ di Negeri ini seperti mana yang pernah beliau Katakan semasa penubuhan USNO pada 24hb. Dis 1961 dan sebelum menyertai Malaysia.

Tindakan sama juga disusuli dan disertai oleh Presiden Parti Berjaya yang ikut bergabung membenarkan UMNO menjaga ahli-ahli Parti Berjaya di Sabah, Tan Sri Haris Salleh juga tidak bersetuju dengan UMNO dan akhirnya menubuhkan Parti baru iaitu Parti Bersekutu pada 1999 bagi menentang kerajaan BN dan Pemerintahan UMNO di Negeri Sabah.

Keputusan 2 Pemimpin Bumiputera Islam dari USNO dan Parti Berjaya ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa kesilapan mereka untuk membenarkan UMNO berada di Sabah perlu diperbetulkan jika Parti itu terus mencampuri urusan hal ehwal Politik Sabah. Saya yakin kedua-dua bekas Presiden Parti ini telah bertindak atas dasar Patriotik mereka terhadap negeri Sabah bukannya kerana kecewa atau rasa tidak puashati serta kepentingan peribadi, Kedua-dua mereka mempersoalkan, kepentingan Sabah dalam Malaysia yang dilihat sedang dijajah semula oleh Malaya melalui Parti UMNO dari Malaya.

Sebelum Tun Mustapha Dato Harun menghembuskan nafasnya , Beliau telah memberi pesanan jelas kepada rakyat Sabah dengan memberikan sokongan kepada Parti tempatan Sabah iaitu Parti PBS Pimpinan Joseph Pairin untuk memenangi Pilihanraya 1994 dan menundukkan BN di Sabah yang diterajui oleh ‘Master’  UMNO dari Parti Malaya.

Begitulah sifat Patriotik Bapa Kemerdekaan Sabah yang menjadi Pengasas parti Keramat USNO di Negeri ini, Beliau adalah seorang Negarawan, Pahlawan dan mempunyai semangat juang yang tinggi bagi Negeri Sabah yang telah beliau bentuk dan tinggalkan untuk kita semua bagi meneruskan warisan yang perlu dijaga untuk anak cucu kita iaitu Sabah Tanah Airku Negeriku yang Bersatu MERDEKA Sepanjang masa.

Perjuangan beliau tidak pernah mengenal erti Untung rugi, perjuangan beliau tidak pernah mengenal erti putus-asa dan mengatasi nafsu haloba serta hasad dengki yang dimikili oleh menusia yang rakus dan ganas yang sedang menghisap serta mengorek kekayaan Negeri ini , beliau tidak meninggalkan harta benda dan jutaan wang ringgit untuk warisnya, untuk anak-anaknya, untuk keluarganya , bahkan setelah ketiadaannya rumah kediamannya terpaksa dilelong kerana beliau tidak mencuri wang rakyat Sabah untuk kepentingannya. Itulah Menusia yang bernama Sir Dr. Tun Dato Haji Mustapha Bin Dato Haron Presiden dan Pengasas kepada Parti Perjuangan Rakyat Sabah USNO.

Namun siapakah diantara Warisannya yang bakal meneruskan perjuangan ini demi rakyat Sabah, siapa kah diantara mereka yang benar benar mewarisi perjuangan Tun Mustapha yang sanggup turun berjuang untuk mengambalikan USNO semula berada dipentas Politik Negeri ini? Supaya Sabah tidak terus sakit.

USNO perlu kembali semula untuk bertapak dinegeri Sabah dan menjadi peneraju kepada kepimpinan Negeri ini, jika kita ingin melihat Negeri Sabah terus bermartabat dan mengekalkan kemerdekaan Negeri ini dalam Malayia. Parti Parti dari Malaya telah gagal memahami aspirasi perjuangan politik rakyat Sabah, Tidak kira lah semada Parti itu dari Parti Kerajaan BN atau Parti Parti Pembangkang PR yang datang dari bumi di Malaya.

Mari kita lihat bagaimana USNO kembali dan siapa diantaranya yang bakal memegang amanat perjuangan rakyat Sabah ini, kita bermula dengan pendaftaran USNO semula oleh pejuang-pejuang USNO antaranya USNO 2006 Usno Baru 2008 Seterus USNO yang didaftarkan semula oleh waris Tun Mustapha untuk mengambalikan maruah rakyat Sabah iaitu Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha.

Sebelum ini USNO telah dibentuk semula oleh ahli ahlinya tanpa anak anak Tun Mustapha pada 1hb. Maal Hijrah 2006 yang terdiri dari hampir 70% AMT USNO lama yang diPimpin oleh Mantan Naib Presiden parti itu Datu Abdul Salam bin Datu Harun adik kepada Tun Mustapha sendiri bersama   generasi pelapis ke 2 USNO yang dipimpin oleh Saudara Abdullah Sani Hj Abdul Salleh anak bekas pejuang USNO dari Warisan Magindora Pantai Timur Sabah untuk meneruskan perjuangan memulihkan USNO semula.


DATU BADARUDDIN  BIN TUN DATU MUSTAPHA



Datu Badaruddin Tun Mustapha harapan baru bagi rakyat Sabah memikul tanggungjawab  meneruskan perjuangan Bapa Kemerdekaan Sabah.

Barisan penaja USNO yang baru Memutuskan serta memberikan kepercayaan kepada Anak Tun Mustapha yang ke 4, iaitu Datu Badaruddin bin Tun Mustapha meneruskan perjuangan Ayahandanya bagi memgambalikan USNO atas dasar keyakinan mereka bahawa Datu Badaruddin memiliki ciri-ciri kepimpinan ayahandanya untuk memimpin rakyat Sabah pada masa akan datang.

Datu Badaruddin Tun Mustapha dilihat mempunyai kewibawaan seperti ayahnya , beliau mempunyai sifat tegas dan ‘Low-profile’ namun memiliki criteria lasak dalam perjuangan dan mempunyai pengalaman luas serta mendapat kepercayaan ayahandanya bagi mengurus dan menyusun pejuang-pejuang USNO semasa parti itu dibawah pimpinan ayahnya, oleh sebab itu barisan USNO memberikan kepercayaan kepada beliau.

Datu Badaruddin telah mengambil langka yang wajar dan bijak setelah menerima kepercayaan dari rakyat serta perjuang-pejuang USNO, beliau telah bertindak untuk mendaftarkan semula Parti USNO tanpa mengubah bentuk Logo dan Bendera Parti asal 1961 dan seterusnya bergerak dalam landasan asal, beliau mengadakan ‘road-show’ seluruh Sabah tanpa henti sejak 2006 dan membuat keputusan untuk berkecuali pada Pilihanraya PRU12  2008 bagi memantapkan semula perjuangan USNO dinegeri Sabah.

Badaruddin yang dilihat sebagai seorang akitek untuk mengambalikan USNO telah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan ayahnya bagi memimpin USNO di Sabah, beliau telah mengadakan satu bentuk kerjasama rasmi dengan Kumpulan ahli ahli Politik Pembangkang dari KDMR dibawa pimpinan Datuk Dr. Jeffry kitingan dan Kumpulan Parti berteraskan Suku kaum Cina SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee melalui UBA (United Borneo Alliance).

Satu Deklarasi kerjasama telah meteri antara 2 pihak yang di kenali sebagai DEKLARASI  SEMPORNA  2012  yang telah ditanda-tangani antara Datuk  Dr.Jefry Kitingan (KDMR) dan Datu Badaruddin Tun Mustapha (USNO) , mereka berikrar akan berkerjasama dalam satu flatform perjuangan iaitu UBA (United Borneo Alliace) pada PRU13 nanti .Kedua-dua kumpulan Bumiputera ini akan menghadapi Parti Parti dari Malaya semada Kerajaan (BN) atau Pembangkang (PR), jika pihak Pakatan Pembangkang Malaya tidak menghormati aspirasi dan kehendak generasi muda Sabah dan terus mencampuri urusan Politik Sabah.
Deklarasi Semporna 2012


USNO KEMBALI SEMULA

USNO dizaman Tun Mustapha adalah USNO yang telah Berjaya menuntut kemerdekaan Mutlak Sabah dari British Dua minggu lebih awal 31hb. Ogos 1963 sebelum meyertai pembentukan Malaysia pada 16.09.1963.

 USNO dan KDMR

Mesyarakat Kadazan Dusun di Sabah dilihat hanya memiliki kekuatan politik di Negeri Sabah dan rasa selesa serta selamat jika USNO  kembali semula menerajui politik Sabah . Tidak dapat dinafikan USNO lah parti yang memberikan harapan kepada meruah serta martabat KDMR di Negeri Sabah , disaat Parti  KDMR kecundang dalam pilihanraya Pertama 1966, USNO telah membawah mereka dan mengangkat martabat mereka untuk memerintah Sabah bersama  dalam kerajaan Perikatan Sabah, Tun Mustapha telah memilih Tun Fuad Stephen sebagai Pengantinya untuk jawatan Yang DiPetua Negara Sabah pada masa itu.

Di Saat mesyarakat KDMR di singkirkan oleh pemimpin Kerajaan Berjaya 1976 , USNO telah membantu Parti Mesyarakat KDMR iaitu PBS yang diterajui oleh Datuk Joseph Pairin untuk memenangi pilihanraya dan seterusnya memerintah Negeri Sabah 1985 – 1994.

Disaat Kerajaan PBS berhadapan dengan Kerajaan Persekkutuan  Barisan Nasional BN , USNO jugalah yang menyelamatkan dan membantu PBS menghadapi BN pada Pilihanraya 1994 untuk kekal berkuasa melalui sokongan  Tun Datu Mustapha dan ahli USNO sebelum UMNO mengambil-alih kerajaan dari PBS  setelah Datuk Lazim Okin dan Robin Balang melompat dan meninggalkan PBS pada 1994.

Kebangkitan USNO untuk kembali tidak dapat di-elakan lagi, kerana parti ini adalah parti keramat Sabah yang amat di perlukan oleh keseluruhan rakyat Sabah, Bumiputera Islam atau Bumiutera Bukan Islam bagi menjaga kepentingan mereka dalam persekutuan Malaysia. Bajau, Suluk, Kadazan, Dusun,Brunei,Murut,Rungus, Sungai, Idahan, Peranakan dan suku suku Bumiputera yang lain akan bangkit meneruskan perjuangan Parti USNO melalui Deklarasi Semporna.

DEKLARASI SEMPORNA MENEBUS MARUAH RAKYAT SABAH

USNO telah mengambil langka dan landasan yang tepat pada hari ini dengan mengadakan kerjasama suku kaum bumiputera di Negeri Sabah , Usno juga telah memberikan amanah bagi meneruskan perjuangan USNO diletakan ditangan anak bekas Bapa kemerdekaan Sabah sendiri iaitu Datu Badaruddin Tun Mustapha Datu Harun.
Jesteru itu USNO perlu kembali bagi menyelamatkan Sabah, Menyelamatkan Bumiputera Sabah, Menyelamatkan 20 perkara dan Perjanjian Malaysia yang ditanda-tangani oleh Presiden USNO  , kelemahan USNO boleh menyebab Sabah SAKIT, tetapi Kehilangan USNO boleh menyebabkan masa depan rakyat Sabah bakal malap.
  
USNO dan BUMIPUTERA ISLAM SABAH

Disaat USNO kehilangan kuasa pada tahun 1976, Usno masih mendapat sokongan 100% kerusi Bumiputera Islam iaitu 20 kerusi. Sementara 20 kerusi KDM telah berpihak kepada Parti Berjaya dan 8 kerusi Cina, akhirnya 28 kerusi Parti Berjaya  menubuhkan kerjaaan dan USNO jadi Pembangkang dengan mesyarakat Islam Bumiputera  menjadi pendokong Parti itu di Negeri Sabah.

Sebelum USNO dibubarkan ia memilik 16 kerusi Islam dari 20 kerusi yang diperuntukan 1990 , ini bererti disaat USNO dianggap lemah pun masih mampu mewakili kerusi Bumiputera  Islam 80% di Negeri Sabah.Dengan kembalinya USNO dan berkerjasama dengan KDMR maka sejarah akan berulang seperti mana USNO dan PBS menumbang Parti Berjaya 1985 dari kedudukan 51 kerusi dalam Dun Sabah kepada 6 kerusi atau 90% kerusi BN di tawan oleh 2 kumpulan kaum ini.

Pretasi Pilihanraya PRU 13, bagi USNO adalah sebagai Ukuran sejauh mana ia diterima semula untuk menjadi pelindung kepada perjuangan rakyat Sabah, USNO akan menyertai Pilihanraya ke 13, Presiden Penajanya Datu Badaruddin Tun Mustapha telah mengumumkan penyertaan USNO pada PRU13 dan bersedia untuk mengambil atau menumpuhkan perhatian merebut semula 80% - 100% kerusi Islam di negeri ini antara 20 hingga 32 kerusi dan akan berkerjasama dengan mana kumpulan Politik dan NGO yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama.

Usno akan gunakan PRU 13, sebagai Referendum Suara Rakyat Sabah untuk mendesak Parti itu dipulihkan kembali kepada Perjuangan asalnya iaitu KEMERDEKAAN SABAH yang sebenar.

Salam Perjuangan dari Penaja USNO Sabah dan Selamat Hari Merdeka kepada semua Rakyat Malaysia khas Rakyat Negeri Sabah.

MERDEKA - MERDEKA - MERDEKA

No comments:

Post a Comment