Friday 29 March 2013

PENGERUSI PNK SEMPORNA DITAWARKAN CALON USNO


Salleh Hj Abdul Salleh Pengerusi PNK
Semporna

Dalam satu kenyataan akhbar petang ini Presiden Penaja USNO Datu Badaruddin Tun Mustapha yang bakal menurunkan calonnya pada PRU13 memaklumkan bahawa pihaknya sedang berunding dan menawarkan salah satu kerusi Dun atau Parlimen Semporna dan Lahad Datu kepada Pengerusi PNK Semporna En. Salleh Hj. Abdul Salleh untuk bertanding pada PRU13, Presiden USNO itu yakin bahawa Salleh berpotensi menjadi pemimpin yang berkeliber dan pemimpin masa akan datang jika diberi peluang.
Beliau adalah golongan generasi muda dan anak jati tempatan Semporna yang mempunyai susurgalur tulin dan memenuhi kreteria perjuangan USNO pada masa akan datang, Anak kepada bekas salah seorang pejuang kemerdekaan Sabah (Hj.Abdul Salleh Khatib Ali @ Gupurani) dari keturunan para Ulama terkenal Daerah itu semenjak zaman Magindora diantaranya Imam Misuari Khatib Sarahari, Keturunan Panglima dari waris Panglima Ripahani @ Ripah serta pewaris kepada beberapa buah Pulau di persekitaran Semporna diantaranya Pulau Sebangkat Taman Marine Tun Sakaran, Pulau Si Amil, Denawan dan Pulau Sepanggau yang terdapat di Daerah itu sejak ratusan tahun dahulu.
Kepimpinan beliau terserlah melalui PNK Semporna (Persatuan Nelayan Semporna)  sejak berusia 22 tahun, Beliau adalah pengasas kepada PNK Sabah sejak 1993, pada hari ini PNK  telah mengujudkan 17 cawangan di Seluruh Daerah Daerah Sabah  dengan kerjasama LKIM. Beliau telah memimpin PNK Semporna sejak 1993 hingga sekarang 2013 dan menjadi Pemimpin PNK terlama di Malaysia , Pengalaman 20 tahun memimpin NGO tanpa henti cukup meyakinkan USNO bahawa beliau mampu menjadi pemimpin yang baik.
Beliau telah banyak membantu dan berjasa kepada Nelayan dikawasan Pantai Timur Sabah dari Sandakan hingga ke Tawau dan membantu pengujudan PNK di Daerah berkenaan  Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau bagi memajukan perindusterian laut. Disamping itu beliau adalah salah seorang Pelupor Industri Rumpair laut Negara atau Seaweeds di Sebangkat Reef sejak 20 tahun lalu dan mengadakan projek kerjasama dengan UMS (Universiti Sabah Malaysia) dalam Industri itu melalui STREP Sdn. Bhd. Yang sedang berjalan pada hari ini.
Beliau juga adalah Setiausaha Lcf-TSMP (Local Forum Komuniti Tun Sakaran Marine Park) sejak Taman Marin Tun Sakaran di wartakan pada 2004 yang mempunyai 8 buah pulau Sebangkat, Selakan, Sibuan, Maiga, Tatagan, Gaya, Mantabuan dan Bohey Dulang yang mempunyai komuniti Nelayan seramai 3000 orang.
Dengan pengalaman kepimpinan dalam NGO, susurgalur keturunan yang serta pewaris Kepimpinan dikawasan Semporna serta anak jati Sabah dari  waris anak tempatan semporna beliau dilihat sebagai pemimpin yang berpontensi menjadi wakil rakyat di kawasan itu untuk meneruskan legasi Semporna.
Presiden USNO Datu Badaruddin Tun Mustapha yakin dengan kepimpinan Salleh kerana Salleh juga adalah pewaris generasi USNO di Daerah itu sejak merdeka dimana ibu beliau pernah memimpin Kaum Ibu atau Wanita USNO diera 60an hingga 70an di Semporna, sementara 2 orang Kakaknya Suhurah Haji Abdul Salleh pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Palimen Silam dan Noraidah Hj. Abdul Salleh Tim.Ketua Wanita UMNO Palimen Semporna diawal kemasukan UMNO ke Sabah melalui peranan USNO dahulu,  disamping abang beliau yang sedang berjuang menghidupkan USNO Sabah Abdullah Sani Hj Abdul Salleh adalah Timbalan Presiden Penaja USNO pada hari ini, sementara itu hampir semua wakil rakyat yang ada di Darvel Bay, Lahad Datu,Kunak,Semporna dan Tawau ,mempunyai hubungan kerabat dan keluargaan yang erat dengan beliau sejak merdeka hingga hari ini.
Walaubagaimanapun Datu Badaruddin Tun Mustapha Presiden Penaja USNO itu memaklumkan bahawa beliau belum dapat menghubungi En. Salleh secara peribadi bagi menawarkan tawaran USNO.
Pada hari ini PNK Semporna mempunyai keahlian hampir 2000 orang di Daerah itu yang beliau pimpin sejak 20 tahun yang lalu dimana beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap perubahan mesyarakat setempat  ketahap yang lebih baik dan maju.
Sejak artikel ini dibuat, media USNO gagal untuk menghubungi dan mendapatkan pandangan En.Salleh Hj. Abdul Salleh terhadap tawaran USNO memberikan laluan kepada beliau menjadi Calon USNO di Semporna.

Oleh : Media USNO Sabah
            Abbas Bin Ahmad

Friday 1 March 2013

KENYATAAN RASMI USNO SABAH 01.03.2013



SIDANG AKBAR

As-salamualaikum dan Salam Perjuangan,

Kenyataan Rasmi dari Urusetia Penaja USNO Sabah yang merujuk kepada Laporan Daily Express bertarikh 1hb. Mac 2013 di Muka Hadapan bertajuk : WAS TUN MUSTAPHA ALSO INVOLVED?

Dengan ini kami Penaja USNO Sabah membantah sekeras-kerasnya tindakan Sidang Akbahr Wanita PKR AMINAH BTE MAHMUD yang membuat kenyataan Di Johor bahawa beliau disuruh oleh Tun Mustapha membuat KPT untuk mengundi pada tahun 1994.

Apa kah niat sebenar beliau mengaitkan Nama Bapa Kemerdekaan Sabah dalam soal pengeluaran KPT palsu di Sabah dan membersihkan nama Anwar Ibrahim dari hal ini?,

Pada tahun 1992 Tun Mustapha telah keluar dari UMNO dan membantu Parti PBS di Sabah menghadapi Pilihanraya 1994, bahkan beliau telah bergabung dengan PBS dalam pilihanraya itu serta memenangi Pilihanraya Sabah dengan menggunakan lambang PBS+. Jesteru itu jika dilihat dari tarik kenyataan beliau ( Aminah Bte Mahmud ) ini menunjukan bahawa ianya bercanggah dengan tuduhan dan tohmahan serta pembohongan wanita PKR itu yang mengaitkan Tun Mustapha bapa Kemerdekaan Sabah dan pada masa yang sama membersihkan nama Pemimpin mereka Anwar Ibrahim.

Tun Mustapha tidak pernah menjadi ketua Perhubungan UMNO di Sabah seperti didakwa , Ketua Perhubungan UMNO pada tarikh itu adalah En. Abdul Ghafar Baba ( 1990 – 1993 ) dan Tun Sakaran Dandai ( 1993 – 1996 ) sementara orang yang menjaga hal ehwal Sabah dalam UMNO  pada tarikh itu ( 1993 -1997 ) adalah Anwar Ibrahim mereka ini semua adalah Pemimpin UMNO.

Jesteru itu Penglibatan bapa kemerdekaan dalam proses KPT adalah tidak benar dan tidak berasas, mereka sengaja menjadikan Tun Mustapha sebagai “Scape Goat“ bagi membersihkan nama pemimpin PKR Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan siasatan RCI di Negeri Sabah pada hari ini.

Kami yakin semua kerja jahat ini adalah kerja pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur terhadap rakyat sabah yang mereka akui sendiri dengan pengeluaran 500,000 KPT kepada PTI di Negeri ini.

Jesteru itu USNO menuntut supaya Aminah Bte Mahmud memohon maaf kepada Keluarga Tun Mustapha dan semua Rakyat Sabah atas perbuatan Terkejinya mengeluarkan 500,000 Kpt haram di negeri ini yang telah membawa kekotoran kepada Negeri SABAH.
Sekian dan Terima kasih

BERJUANG TETAP BERJUANG
Sekian.


ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH.
Naib Presiden Penaja Ex-USNO Sabah

Sidang Akhbar ini Bagi menjawab Laporan :
Daily Express 01.03.2013


Note : Presiden Penaja USNOSabah
           Datu Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha.

Tuesday 11 December 2012

USNO SEDIA MENYERTAI PAKATAN PEMBANGKANG SABAH PIS32.


Oleh : Media USNO

PIS32
( Pakatan Islam Sabah 32)

Bagi menyahut tawaran PAS beberapa bulan lalu dan perbincangan tidak rasmi dengan rakan pembangkang dari PKR dan PPPS untuk merialisasikan impian Pembangkang Sabah  kearah 1 vs 1 menghadapi pilihanraya PRU ke 13 di Negeri ini, Penaja Parti USNO yang bakal menumpuhkan sasarannya dikawasan Bumiputera Islam di Negeri Sabah bersedia mengadakan rundingan dengan Pakatan Rakyat PKR,PAS dan PPPS.

Satu mesyuarat tergempar Penaja Parti itu yang dipimpin oleh Datu Badaruddin Tun Mustapha pada 9hb.Dec 2012 di Tawau Sabah telah bersetuju pada prinsipnya untuk menyertai Pakatan Pembangkang Sabah dengan beberapa perkara penyesuaian semua pihak untuk diambil kira dan telah menlantik Naib Presiden Penajanya En. Abdullah Sani Hj Abdul Salleh mengetuai delegasi USNO kearah penyetuan pembangkang di Negeri ini menghadapi pilihanraya 1 vs 1.


Sebelum ini USNO telah mengumumkan untuk bertanding dan menyertai Pilihanraya Sabah ke 13 semada parti itu mendapat kelulusan atau tidak di 18 hingga 22 Dun Di Negeri Sabah pada PRU akan datang, namun bagi maksud kerjasama USNO bersedia mengkaji kerusi yang bakal mereka tandingi nanti demi perpaduan pembangkang Sabah.

Tanpa menyentuh kerjasamanya USNO dan STAR melalui Deklarasi Semporna yang ditandatangani bersama pada 29h.01.2012 oleh Parti USNO dan STAR untuk menumpuhkan perhatian dikawasan Bumiputera Islam Sabah sementara STAR dikawasan KDMR,kami berpendapat USNO tidak akan menyingung rakan UBAnya kerana USNO hanya menyertai pakatan pembangkang dan berbincang soal koata mereka dan tidak akan menyertu soal KDMR yang diperuntukan kepada STAR.

Bagi maksud itu Persetujuan USNO menyertai Pakatan Pembangkang Sabah untuk menghadapi BN Sabah khasnya dikawasan Bumiputera Islam , USNO bersedia berunding pengagiahan kerusi 32 kawasan DUN Sabah dimana kawasan berkenaan adalah kawasan yang bakal ditandingi oleh UMNO dari BN Sabah.

Perpaduan Bumiputera Islam Sabah adalah penting menghadapi calon calon UMNO di Negeri Sabah , Idea USNO mengenenai Pakatan Islam Sabah di 32 kawasan Dun atau ringkasnya PIS32 tidak akan melibatkan Parti None-Muslim menyertai pakatan Pembangkang Sabah seperti DAP, APS Pimpinan Wilfred Bumburing.

Jesteru itu Pihak USNO akan menunggu lampu hijau dari pihak PKR,PPPS dan PAS bagi maksud perbincangan terperinci dan menjayakan idea PIS32.

Sementara kawasan Bumiputera bukan Islam yang ada di 28 kawasan Dun Sabah USNO akan menyerahkannya kepada rakan UBA nya dari STAR menggunakan kebijaksanaan membuat keputusan kearah 1 vs 1, mereka boleh berhubungan dengan PKR, DAP Sabah Serta APS Sabah Pimpinan Wilfred Bumburing atau mana mana rakan komponen Parti atau NGO None-Muslim Lain.

Media USNO.

Friday 7 September 2012

JANJI DITEPATI 13 PERKARA CABARAN UNTUK UMNO SEMPORNA

Abdullah Sani Hj Abdul Salleh
Pengerusi Penaja USNO Palimen Semporna
 
Persidangan UMNO yang bakal diadakan hujung minggu ini bagi UMNO Palimen Semporna mendapat cabaran dari Penaja USNO Pelimen Semporna supaya dapat membahaskan persoalan serta kekurangan dilihat masih GAGAL ditepati oleh Wakil rakyat UMNO  diPalimen itu baik Ahli Palimennya mahupun 3 Ahli Dewan Undangan Negerinya (Subayan, Senallang, Bugaya).
Jesteru itu kami menggariskan persoalan ini dan mencabar supaya ianya dapat diselesaikan sebelum pemgumuman PRU 13, jika tidak maka cogan kata 'JANJI DITEPATI' bagi Palimen Semporna adalah gagal dan Palimen itu tidak layak menggunakan cogan kata berkenaan.
1.     PRESTASI PENDIDIKAN :
Daerah semporna memiliki Rekod kelemahan Keputusan Peperiksaan yang sangat memalukan diperingankat Negara dan Negeri dengan prestasi termundurnya diMalaysia sejak 1963 - 2012. Keputusan Peperiksaan Termundur di Malaysia dengan mendapat  tempat  terakhir  atau bahasa tempatan Nombor UNCIT adalah tanda aras kegagalan Prestasi Pendidikan anak-anak kita,Kemudahan Infrustruktul Pendidikan sangat teruk dan ditambah dengan campur-tangan ahli politik dalam sistem pentadbiran Pendidikan Daerah adalah diantara masalah utama Prestasi Pendidikan Daerah itu lemah dan sangat memalukan,sampai bila wakil rakyat UMNO palimen semporna dan Adunnya terus berjanji membantu menyesaikan masalah pendidikan Daerah ini? JANJI TAK DITEPATI.

       2.     JAMBATAN PBB ( Pulau Bum Bum – Pulau Semporna ) :
Jambatan PBB (Pulau Bum Bum) terus menjadi impian penduduk Pulau Bum-Bum yang 100%nya adalah Bumiputera, namun belum ditepati,janji terang bulan nampaknya hingga ke bulan gelap, janji jambatan belum ditepati, jambatan Pulau Bum – Bum yang boleh memberikan ransangan ekonomi rakyat Daerah, Negeri dan Negara gagal dilaksanakan walaupum PM telah pecah tanah di Daerah itu sejak beberapa tahun lalu, wal hal janji baru disuarakan tetapi belum ada tanda pelaksanaan, kita boleh simpulkan Janji belum ditepati walaupun MP Semporna itu Menteri Luar Bandar Malaysia. JANJI TAK DITEPATI.
3.     INFRUSRUKTUL JALANRAYA : Jalanraya Utama keluar Daerah dan Kampung.
Jalanraya adalah system perhubungan yang wajib dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi kemudahan rakyat setempat, namun system jalanraya Pekan Semporna masih ditahap zaman 60an atau orang tempatan panggil Zaman Jepun,  system Trafik yang sangat Teruk di Malaysia ini dengan sistem perancangan trafik  Majlis Daerah tidak teratur serta kucar kacir dan lintang pukang hingga menyebabkan kemalangan maut berkali-kali direkodkan di Daerah ini sejak 15 tahun, kesesakan sepanjang masa dari jam 6.30 pagi hingga jam 10 malam adalah perkara biasa Di Daerah Semporna sejak beberapa tahun lalu dan menyukarkan pergerakan rakyat setempat walaupun MP Semporna Menteri Luar Bandar Malaysia.JANJI TAK DITEPATI
4.     BEKALAN AIR BERSIH :
Peruntukan ratusan juta wang rakyat untuk memberikan kemudahan bekalan air bersih kepada rakyat Negara ini nampaknya tidak sampai ke Semporna apabila catuan air dan kekuarangan air bersih  diperingkat Pekan berterusan hingga hari ini dari 1963–2012 dengan sistem penyelanggaran Bekalan air bersih tidak teratur serta terus menyukarkan penduduk Daerah ini menunjukan bahawa mereka masih tidak menepati janji kepada rakyat walaupun MP Semporna Menteri Luar Bandar Malaysia. JANJI TAK DITEPATI
 
5.     KEBERSIHAN DAN SAMPAH :
Semporna yang terkenal dan menjadi pusat pelancongan dunia, tidak memiliki Sistem penyelanggaraan Sampah yang teratur serta sistematik,walaupun Daerah ini telah menjadi pusat distinasi pelancongan bertarap dunia, pembakaran sampah terbuka yang dilakukan setiap masa oleh penguatkuasa tempatan MDS didalam kawasan pekan dan kurang dari 1 kilometer radius di pekan itu menyebabkan gangguan bau hangit yang amat keterlaluan serta mengganggu penduduk setempat, mengganggu kehadiran pelancong luar, baik pelancong dalam negeri dan luar Negeri, sedangkan kerajaan tempatan bertanggungjawab terhadap masalah ini dan memberikan keselesaan kepada penduduk tempatan, jesteru itu Janji menjamin kesihatan rakyat nampaknya gagal di-implimantasi oleh pihak berkuasa dan boleh disimpulkan janji terhadap rakyat tidak ditepati walaupun MP Semporna Menteri Luar Bandar Malaysia.JANJI TAK DITEPATI
 
6.     SISTEM PENGANGKUTAN :
Penggunaan kenderaan awam bagi rakyat setempat adalah kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat tempatan, namum Daerah Pelancongan Semporna yang bertaraf dunia ini tidak memiliki system pengangkutan teratur, tiada stensen Teksi, tiada stesen Bas dan pengangkutan yang membolehkan pengguna berasa salesa serta tidak terganggu setiap hari. Lebih menyedihkan pengusaha-pengusaha tempatan yang menggunakan KARETA SAPU sebagai kerderaan Perhubungan tidak terjamin masa depan perusahaan mereka yang sentiasa diburu oleh masalah saman setiap hari kerana tiada PERMIT PENGENGKUTAN dimana pada satu ketika pernah dijanjikan permit khas , janji tidak ditepati lagi walaupun MP Semporna Menteri Luar Bandar Malaysia.JANJI TAK DITEPATI
7.     AIRPORT ATAU LAPANGAN TERBANG :
Semporna sebagai satu Daerah yang sedang membangun dalam Indusri Pelancongan serta bertaraf Dunia sepatutnya memiliki Lapangan terbang khas seperti mana sebelum ini pernah  wujud sejak tahun 60an, pengaktipan semula adalah satu tanggujawab untuk mereka menyediakan kemudahan membawah masuk para pelancong ke Daerah ini disamping menjadi kemudahan kepada rakyat tempatan,tetapi lapangan terbang yang pernah beroperasi sebelum Tahun 60an dan 70an ini dan sepatutnya dihidupkan semula operasinya belum ada tanda tanda untuk dibuka .JANJI TAK DITEPATI
 
8.     KEUSAHAWANAN :
Dasar Kerajaan BN Satu Daerah satu Produk gagal direalisasikan dengan jayanya di daerah Semporna sejak 1963 hingga 2012, Jesteru itu Daerah ini gagal melahirkan Usahawan Berjaya seperti mana yang dijanjikan,Persatuan persatuan keusahawan nanpaknya tidak berdaya saing dan hanya mengharapkan subsidi untuk meneruskan aktiviti mereka, Walhal Daerah Semporna penuh dengan peluang perniagaan dan perindustrian yang bertarap dunia, sementara MP Semporna sepatutnya mampu memberikan peluang berkenaan,atas kapasitinya sebagai Menteri Luar Bandar Malaysia, JANJI TAK DITEPATI
 
9.     KERAJAAN TEMPATAN :
Kerajaan tempatan (Majlis Daerah) yang mempunyai By-Law ketinggalan zaman sejak tahun 1960an gagal dikemaskinikan, Kegagalan menguruskan system percukaian yang teratur serta upto-date, pentadbiran dan prasarana pembandaran yang membazirkan wang rakyat telah menyebabkan Majlis Tempatan Semporna diantara yang termundur di Malaysia dan dijangka Bangkrap pada masa akan datang.Kegagalan meletaktan tahap persaingan serta mengemaskinikan pentadbiran serta undang2 kecilnya telah menyebabkan rakyat daerah sukar bersaing dengan Daerah lain. JANJI TAK DITEPATI
 
10.  100 % PERKAMPUNGAN DAERAH SEMPORNA HARAM
Kegagalan menyelasaikan masalah perkampungan telah menyukarkan rakyat setempat dan merasa terancam masa depan mereka didaerah sendiri, banyak tanah2 reserve kampong dan tanah NCR yang terampas serta dicuri atau diambil secara songsang, masalah ini tidak pernah diselesaikan oleh wakil rakyat UMNO sejak berpuluh tahun, sehingga tarikh ini tiada satu pun kampung di Daerah Semporna yang pernah diwartakan berstatus Kampung bagi menjaga kepentingan masa depan mereka, kegagalan mewartakan perkampungan KAMPUNG AYER sebagai KAMPUNG WARISAN di Daerah ini membuktikan bahawa janji keselesaan serta masa depan rakyat terus terancam khasnya dikawasan persisiran pantai, JANJI TAK DITEPATI

11.  KEMISKINAN :
Meningkatkan taraf hidup rakyat adalah satu kewajipan dan agenda kepemimpinan, sepatutnya penurunan statistik kemiskinan berlaku, namum dalam kes semporna dimana hamper 90% rakyatnya penerima BR1M membuktikan bahawa masalah kemiskinan masih gagal diselesaikan di Daerah ini walaupun kita telah merdeka hampir 50 tahun. Hampir semua ketua Cawangan UMNO Semporna penerima Subsidi dan bantuan tertinggi di MALAYSIA serta diletakkan dalam senarai penerima PPRT di Daerah itu, inilah bayangannya kedudukan ahli mereka lebih teruk dari ketuanya dan perkara inilah yang menyebabkan hampir beribu-ribu pengemis ternakan masih tersimpan dan pengemis jalanan terus menerus berlaku di Daerah ini yang menggangu kehadiran pelancong, dan menjadi pemasalahan akar umbi, Nampaknya mengeluarkan rakyat dari kemiskinan belum terlaksana dan JANJI TAK DITEPATI.

    12.  PELUANG PERNIAGAAN PENDUDUK TEMPATAN :
Kegagalan kerajaan memberikan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan yang rata-rata bumiputera dalam Industri Pelancongan, Industri Rumpair laut, Industri Perkilangan, Industri Perikanan yang terdapat di Daerah ini adalah satu kegagalan wakil rakyat UMNO terhadap penduduk tempatan.Tiada seorangpun penduduk tempatan yang melibatkan diri dalam perhotelan dan resort pelancongan, kesukaran memiliki lessen pelancongan, kilang kelapa sawit atau kilang buahan2, serta menceburi industri rumpair laut masih jauh ketinggalan wal hal hampir 100% pengusaha tempatan yang melibatkan diri dalam Indutri rumpair laut datangnya dari sumber Subsidi yang membuktikan bahawa kegagalan memberikan peluang perniagaan kepada mereka sebagai satu tanda JANJI TAK DITEPATI.
13.  KESELAMATAN :
Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab utama kerajaan, namun peristiwa pencolekan tahun lalu di PulauSebangkat yang telah melarikan mangsa ke Negara jiran telah memberikan kesedaran kepada rakyat setempat bahawa wakil rakyat mereka di Semporna gagal menangani masalah ini dan membiarkan rakyat menyelesaikan masalah mereka sendiri menghadapi risiko walaupun keselamatan mereka terancam. Jesteru itu kegagalan ini menunjukan bahawa mereka gagal menjaga dan menyelasaikan keselamatan rakyat yang terancam oleh pihak luar ini menunjukan  JANJI TAK DITEPATI.
Isu yang sangat menghantui rakyat Semporna, sejak 1967 hingga 2012 Semporna yang dikuasai oleh satu puak dan baka menjadi wakil Rakyat telah mendatangkan ciri-ciri dan sistem kronism, nipostim dalam pentadbiran, politik, perusahan, pekerjaan serta peluang perniagaan berakal umbi di Daerah ini, Keconderongan wakil rakyat hanya memberi peluang kepada kroni adalah amalan mereka sehingga hak rakyat tempatan diabaikan, Jadi mampukah UMNO Palimen mengubah system ini ? jika ingin melihat keseluruhan rakyat berdaya saing dan memberikan peluang kepada orang lain untuk mentadbir dan mengurus kekurangan serta permasalahan diatas?
.
SEMOGA JANJI UNTUK RAKYAT DITEPATI

 
ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH

Wednesday 29 August 2012

PERUTUSAN MERDEKA USNO SABAH 2012


SABAH TANAH AIR KU

OLEH : Abdullah Sani Hj Abdul Salleh
Naib Presiden Penaja USNO Sabah


Artikel ini Disediakan Bagi mengenang Jasa Perjuangan Parti Keramat USNO Sempena Hari Kemerdekaan ke 55 dan Pembentukan Malaysia ke 49




Peliharalah USNO, Jika Lemah USNO, Sabah Akan Sakit
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1972.



Parti keramat USNO (United Sabah Nasional Organisation) adalah roh dan semangat perjuangan Bumiputera Islam di Negeri Sabah, Di Serawak ada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Serawak), Malaya ada UMNO (United Malay Nasional Organisation) Di Sabah ada USNO (United Sabah Nasional Organisation) bagi meneruskan dan mengisi Kemerdekaan 3 Wilayah yang berkongsi Kemerdekaan Untuk Melindungi kepentingan Hak Bumiputera Negara ini dijaga dengan sebaik-baiknya tanpa had masa.



“Sekira  USNO lemah maka sudah tentu  Sabah akan SAKIT dan dengan ini jika sekira rakyat Sabah  taat setia kepada Malaysia, Maka wajiblah mereka itu Pelihara USNO dengan sebaik-baiknya dan turutilah Tun Mustapha”.

Petikan Ucapan Tunku Abdul Rahman Al Haj’ semasa USNO menyambut Ulang Tahun ke 10.


Tunku Abdul Rahman Al Haj’
Perdana Menteri Malaysia Pertama
8hb. Jun 1972.

Berangkali itulah yang dimaksudkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj’ bahawa USNO itu adalah Roh perjuangan rakyat Sabah dan menjadi Parti kemerdekaan Negara Sabah. Jika USNO lemah maka Sabah akan Sakit, Sabah akan Sakit, Sabah akan Sakit.

Persoalannya sekarang jika USNO Tiada , jika USNO Lenyap, jika USNO
Hilang, apa akan jadi :

              Kepada Rakyat Sabah?,
            Kepada Negeri Sabah?,
            Kepada Bumiputera Sabah?,
            Kepada Kedaulatan Sabah?,
            Kepada Perjanjian Sabah membentuk Malaysia?

  Kepada Pra-syarat Parti Parti Politik Sabah yang mewakili Suku suku kaum di Negeri Sabah (USNO,UNKO,SCA) bagi menjaminan Penyertaan Sabah dalam Malaysia, Parti Parti ini telah memaksukan tuntutan mereka 20 Perkara atau lebih  terkenal dengan panggilan ‘The 20 Point’ ditulis dan diabadikan dalam perbagai bentuk termasuklah diukirkan diatas batu seperti ‘Batu Sumpah Keningau Sabah’, bagi melindungi kepentingan Sabah dalam Federislm atau Persekutuan Malaysia demi masa depan anak cucu warisan tulin rakyat Sabah tanpa mengira Agama , Bangsa dan kesukuan . Seterusnya apa akan jadi Kepada Pembuntukan Malaysia, Apa akan jadi kepada Serawak dan apa akan jadi kepada Melayu di Malaya  Amnya?.

Petikan ucapkan Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj  yang terdapat diatas telah membayangkan kepada kita, bahawa Sabah akan sakit?  Sekarang USNO tiada, USNO telah dibatalkan Pendaftaran demi survival Politik UMNO yang didatangkan dari Malaya.

Persoalan ini lah yang menghantaui rakyat Sabah dan Generasi muda Sabah yang ingin melihat wujudnya Parti Tempatan seperti USNO mewakili mereka pada masa akan datang. Jika USNO tiada,bersedia kah kita menghadapi masa depan Sabah yang malap , bakal sakit? 

Bersediakah Parti keramat Melayu di Malaya UMNO bakal hilang dari ‘landskap’ Politik Sabah?. Dengan kehilangan USNO rakyat Sabah akan bakal melihat UMNO sebagai duri dalam daging dalam denyutan perjuangan penduduk Sabah dan menjadi satu kesulitan berterusan bagi Bumiputera Di Negeri Sabah.

USNO Kembali semula?

Sejarah USNO dan perjuangan Parti Keramat USNO yang tersurat dan juga tersirat sejak kemerdekaan kita, USNO memikili sentimental value yang amat mendalam terhadap kemerdekaan Negeri Sabah, kita perlu memahami motif sebenar menghidupkan USNO serta maksud sebenar yang perlu di selami oleh semua pihak yang terlibat. Kehilangan USNO akan menjejaskan dan memincangkan perjalanan panjang pembentukan Malaysia yang masih mudah ini dan dianggap masih mentah berbanding Negara-negara yang yang telah dibentuk melalui federislm atau kesatuan yang terdapat dimuka bumi sejak berakhirnya era penjajahan atau era colonialism.

Negara kita Malaysia yang bakal menyambut harijadi Pembentukannya  ke49 pada 16hb.Sept 2012 ini nampaknya masih terlalu mudah jika dibandingkan dengan Amerika yang sudah berusia lebih dari 237 tahun,Pembentukan Malaysia perlu dipertahankan secara realistik, keikhlasankerjasama tulin mengikut Perjanjian yang telah dibuat dan dimeteri pada 1963 yang dikenali sebagai Perjanjian Malaysia atau MA63.

        Kita juga perlu mengambil ikhtibar dari kesatuan Negara Soviet atau U.S.S.R membentuk 15 kesatuan Negeri yang pernah menjadi menjadi kuasa besar dunia pada satu ketika, ia dibentuk 90 tahun lalu (30th Dis 1922) tetapi hanya mampu bertahan  dalam usia singkat tidak sampai 69 tahun sehaja akhirnya USSR terpaksa berpecah belah kerana sebahagian kesatuan tidak berpuas hati terhadap layanan yang diberikan oleh kerajaan Pusat dan akhirnya meninggalkan kesatuan sorviet Union untuk memilih jalan mereka sendiri melalui kemerdekaan  antaranya Trio Baltik (Estonia,Lituania dan Latvia) seterusnya Armenia, AzerbaijanByelorusiaEstonia GeorgiaKazakhstanKirgizstanMoldavia,Rusia,Tajikistan,Turkmenistan,Ukraina,Uzbekistan.

  USNO Kembali semula?,.. yah USNO perlu kembali semula bagi menyelamatkan Perpecahan ideology politik Orang Islam di Sabah, Perpaduan  Rakyat  Sabah dan Rakyat Malaya, Perpaduan Bumiputera Islam dan Bukan Bumiputera Islam, Perpaduan  Wilayah Borneo dan Wilayah Semananjung dan seterusnya Perpaduan Bangsa Malaysia.

Tidak mungkin terbentuk Malaysia tanpa USNO, Tidak mungkin kita menikmati kemerdekaan ini tanpa USNO, tidak dapat dinafikan akitek pembentukan Malaysia adalah Parti USNO yang membawa kepada pengistiharan Pembentukan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah 16hb. Sept. 1963.


Petikan dan Ucapan Keramat Presiden USNO mengenai Pembentukan Malaysia

Sejarah USNO bermula dengan Pembentukan Parti itu bertempat di sebuah rumah di Kg. Ayer Kudat , Sabah pada tahun 1961 dengan diterajui oleh mesyarakat Bumiputera Islam Sabah yang terdiri dari kaum Bajau,Suluk,Brunei bersama bumiputera lain  akhirnya telah memilih seorang pemimpin yang bakal membentuk Negara Malaysia iaitu Tun Mustapha Bin Datu Harun sebagai pengasas dan Presiden pertamanya.

Kehebatan Tun Mustpaha yang menjadi Pemimpin USNO dan Negarawan Malaysia serta pemimpin unggul negeri Sabah tidak dapat dinafikan dari awal kepimpinannya sehinggalah beliau wafat pada 2hb. Jan 1996.

Tun Mustapha bukan sekadar bapa kemerdekaan Sabah, Tetapi beliau juga adalah BAPA PEMBENTUKAN MALAYSIA atau Bapa Malaysia , sejarah telah mencatitkan bahawa beliau adalah salah seorang yang menanda-tangani Perjanjian Pembentukan Malaysia MA63.

USNO memerintah Sabah melalui dan bersama Parti  Perikatan sejak Merdeka 1963 hingga  1976 dan USNO menjadi sebahagian gabungan komponen Pemerintahan Malaysia Melalui Gabungan Barisan Nasional BN sehingga ia dibubarkan secara teknikal oleh Pendaftar Pertubuhan pada 2004 dan memberikan laluan kepada UMNO di Negeri Sabah bagi mentadbir dan memelihara masa depan ahli-ahli USNO dan ahli-ahli dari Parti Berjaya bermula dari 1990 dengan Fomula perkongsian  14 (USNO) : 6 (Berjaya).

  Tun Mustapha menyedari bahawa UMNO tidak sesuai mentadbir dan mewakili ahli USNO dan Rakyat Sabah tidak sampai setahun berada di Sabah, kerana banyak perkara yang dimungkiri oleh pemimpin UMNO pada masa itu, Janji UMNO untuk Rakyat Sabah  ‘UMNO Sabah adalah untuk Rakyat Sabah’  telah dimungkiri oleh Pemimpin UMNO apabila mereka memcampuri Urusan kepimpinan UMNO Sabah bermula 1993.

Akhirnya Mantan Presiden USNO memutuskan untuk Menarik semula keputusanya dan meminta supaya ahli USNO kembali kepada Perjuangan asal rakyat Sabah iaitu Sabah mesti  di perintah oleh orang Sabah dalam Isthilah lain “SABAH FOR SABAHAN“ serta memberi sokongan kepada Parti PBS pada Pilihanraya 1994  dimana  Malaya tidak boleh jadi Tuan atau ‘Master’ di Negeri ini seperti mana yang pernah beliau Katakan semasa penubuhan USNO pada 24hb. Dis 1961 dan sebelum menyertai Malaysia.

Tindakan sama juga disusuli dan disertai oleh Presiden Parti Berjaya yang ikut bergabung membenarkan UMNO menjaga ahli-ahli Parti Berjaya di Sabah, Tan Sri Haris Salleh juga tidak bersetuju dengan UMNO dan akhirnya menubuhkan Parti baru iaitu Parti Bersekutu pada 1999 bagi menentang kerajaan BN dan Pemerintahan UMNO di Negeri Sabah.

Keputusan 2 Pemimpin Bumiputera Islam dari USNO dan Parti Berjaya ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa kesilapan mereka untuk membenarkan UMNO berada di Sabah perlu diperbetulkan jika Parti itu terus mencampuri urusan hal ehwal Politik Sabah. Saya yakin kedua-dua bekas Presiden Parti ini telah bertindak atas dasar Patriotik mereka terhadap negeri Sabah bukannya kerana kecewa atau rasa tidak puashati serta kepentingan peribadi, Kedua-dua mereka mempersoalkan, kepentingan Sabah dalam Malaysia yang dilihat sedang dijajah semula oleh Malaya melalui Parti UMNO dari Malaya.

Sebelum Tun Mustapha Dato Harun menghembuskan nafasnya , Beliau telah memberi pesanan jelas kepada rakyat Sabah dengan memberikan sokongan kepada Parti tempatan Sabah iaitu Parti PBS Pimpinan Joseph Pairin untuk memenangi Pilihanraya 1994 dan menundukkan BN di Sabah yang diterajui oleh ‘Master’  UMNO dari Parti Malaya.

Begitulah sifat Patriotik Bapa Kemerdekaan Sabah yang menjadi Pengasas parti Keramat USNO di Negeri ini, Beliau adalah seorang Negarawan, Pahlawan dan mempunyai semangat juang yang tinggi bagi Negeri Sabah yang telah beliau bentuk dan tinggalkan untuk kita semua bagi meneruskan warisan yang perlu dijaga untuk anak cucu kita iaitu Sabah Tanah Airku Negeriku yang Bersatu MERDEKA Sepanjang masa.

Perjuangan beliau tidak pernah mengenal erti Untung rugi, perjuangan beliau tidak pernah mengenal erti putus-asa dan mengatasi nafsu haloba serta hasad dengki yang dimikili oleh menusia yang rakus dan ganas yang sedang menghisap serta mengorek kekayaan Negeri ini , beliau tidak meninggalkan harta benda dan jutaan wang ringgit untuk warisnya, untuk anak-anaknya, untuk keluarganya , bahkan setelah ketiadaannya rumah kediamannya terpaksa dilelong kerana beliau tidak mencuri wang rakyat Sabah untuk kepentingannya. Itulah Menusia yang bernama Sir Dr. Tun Dato Haji Mustapha Bin Dato Haron Presiden dan Pengasas kepada Parti Perjuangan Rakyat Sabah USNO.

Namun siapakah diantara Warisannya yang bakal meneruskan perjuangan ini demi rakyat Sabah, siapa kah diantara mereka yang benar benar mewarisi perjuangan Tun Mustapha yang sanggup turun berjuang untuk mengambalikan USNO semula berada dipentas Politik Negeri ini? Supaya Sabah tidak terus sakit.

USNO perlu kembali semula untuk bertapak dinegeri Sabah dan menjadi peneraju kepada kepimpinan Negeri ini, jika kita ingin melihat Negeri Sabah terus bermartabat dan mengekalkan kemerdekaan Negeri ini dalam Malayia. Parti Parti dari Malaya telah gagal memahami aspirasi perjuangan politik rakyat Sabah, Tidak kira lah semada Parti itu dari Parti Kerajaan BN atau Parti Parti Pembangkang PR yang datang dari bumi di Malaya.

Mari kita lihat bagaimana USNO kembali dan siapa diantaranya yang bakal memegang amanat perjuangan rakyat Sabah ini, kita bermula dengan pendaftaran USNO semula oleh pejuang-pejuang USNO antaranya USNO 2006 Usno Baru 2008 Seterus USNO yang didaftarkan semula oleh waris Tun Mustapha untuk mengambalikan maruah rakyat Sabah iaitu Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha.

Sebelum ini USNO telah dibentuk semula oleh ahli ahlinya tanpa anak anak Tun Mustapha pada 1hb. Maal Hijrah 2006 yang terdiri dari hampir 70% AMT USNO lama yang diPimpin oleh Mantan Naib Presiden parti itu Datu Abdul Salam bin Datu Harun adik kepada Tun Mustapha sendiri bersama   generasi pelapis ke 2 USNO yang dipimpin oleh Saudara Abdullah Sani Hj Abdul Salleh anak bekas pejuang USNO dari Warisan Magindora Pantai Timur Sabah untuk meneruskan perjuangan memulihkan USNO semula.


DATU BADARUDDIN  BIN TUN DATU MUSTAPHA



Datu Badaruddin Tun Mustapha harapan baru bagi rakyat Sabah memikul tanggungjawab  meneruskan perjuangan Bapa Kemerdekaan Sabah.

Barisan penaja USNO yang baru Memutuskan serta memberikan kepercayaan kepada Anak Tun Mustapha yang ke 4, iaitu Datu Badaruddin bin Tun Mustapha meneruskan perjuangan Ayahandanya bagi memgambalikan USNO atas dasar keyakinan mereka bahawa Datu Badaruddin memiliki ciri-ciri kepimpinan ayahandanya untuk memimpin rakyat Sabah pada masa akan datang.

Datu Badaruddin Tun Mustapha dilihat mempunyai kewibawaan seperti ayahnya , beliau mempunyai sifat tegas dan ‘Low-profile’ namun memiliki criteria lasak dalam perjuangan dan mempunyai pengalaman luas serta mendapat kepercayaan ayahandanya bagi mengurus dan menyusun pejuang-pejuang USNO semasa parti itu dibawah pimpinan ayahnya, oleh sebab itu barisan USNO memberikan kepercayaan kepada beliau.

Datu Badaruddin telah mengambil langka yang wajar dan bijak setelah menerima kepercayaan dari rakyat serta perjuang-pejuang USNO, beliau telah bertindak untuk mendaftarkan semula Parti USNO tanpa mengubah bentuk Logo dan Bendera Parti asal 1961 dan seterusnya bergerak dalam landasan asal, beliau mengadakan ‘road-show’ seluruh Sabah tanpa henti sejak 2006 dan membuat keputusan untuk berkecuali pada Pilihanraya PRU12  2008 bagi memantapkan semula perjuangan USNO dinegeri Sabah.

Badaruddin yang dilihat sebagai seorang akitek untuk mengambalikan USNO telah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan ayahnya bagi memimpin USNO di Sabah, beliau telah mengadakan satu bentuk kerjasama rasmi dengan Kumpulan ahli ahli Politik Pembangkang dari KDMR dibawa pimpinan Datuk Dr. Jeffry kitingan dan Kumpulan Parti berteraskan Suku kaum Cina SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee melalui UBA (United Borneo Alliance).

Satu Deklarasi kerjasama telah meteri antara 2 pihak yang di kenali sebagai DEKLARASI  SEMPORNA  2012  yang telah ditanda-tangani antara Datuk  Dr.Jefry Kitingan (KDMR) dan Datu Badaruddin Tun Mustapha (USNO) , mereka berikrar akan berkerjasama dalam satu flatform perjuangan iaitu UBA (United Borneo Alliace) pada PRU13 nanti .Kedua-dua kumpulan Bumiputera ini akan menghadapi Parti Parti dari Malaya semada Kerajaan (BN) atau Pembangkang (PR), jika pihak Pakatan Pembangkang Malaya tidak menghormati aspirasi dan kehendak generasi muda Sabah dan terus mencampuri urusan Politik Sabah.
Deklarasi Semporna 2012


USNO KEMBALI SEMULA

USNO dizaman Tun Mustapha adalah USNO yang telah Berjaya menuntut kemerdekaan Mutlak Sabah dari British Dua minggu lebih awal 31hb. Ogos 1963 sebelum meyertai pembentukan Malaysia pada 16.09.1963.

 USNO dan KDMR

Mesyarakat Kadazan Dusun di Sabah dilihat hanya memiliki kekuatan politik di Negeri Sabah dan rasa selesa serta selamat jika USNO  kembali semula menerajui politik Sabah . Tidak dapat dinafikan USNO lah parti yang memberikan harapan kepada meruah serta martabat KDMR di Negeri Sabah , disaat Parti  KDMR kecundang dalam pilihanraya Pertama 1966, USNO telah membawah mereka dan mengangkat martabat mereka untuk memerintah Sabah bersama  dalam kerajaan Perikatan Sabah, Tun Mustapha telah memilih Tun Fuad Stephen sebagai Pengantinya untuk jawatan Yang DiPetua Negara Sabah pada masa itu.

Di Saat mesyarakat KDMR di singkirkan oleh pemimpin Kerajaan Berjaya 1976 , USNO telah membantu Parti Mesyarakat KDMR iaitu PBS yang diterajui oleh Datuk Joseph Pairin untuk memenangi pilihanraya dan seterusnya memerintah Negeri Sabah 1985 – 1994.

Disaat Kerajaan PBS berhadapan dengan Kerajaan Persekkutuan  Barisan Nasional BN , USNO jugalah yang menyelamatkan dan membantu PBS menghadapi BN pada Pilihanraya 1994 untuk kekal berkuasa melalui sokongan  Tun Datu Mustapha dan ahli USNO sebelum UMNO mengambil-alih kerajaan dari PBS  setelah Datuk Lazim Okin dan Robin Balang melompat dan meninggalkan PBS pada 1994.

Kebangkitan USNO untuk kembali tidak dapat di-elakan lagi, kerana parti ini adalah parti keramat Sabah yang amat di perlukan oleh keseluruhan rakyat Sabah, Bumiputera Islam atau Bumiutera Bukan Islam bagi menjaga kepentingan mereka dalam persekutuan Malaysia. Bajau, Suluk, Kadazan, Dusun,Brunei,Murut,Rungus, Sungai, Idahan, Peranakan dan suku suku Bumiputera yang lain akan bangkit meneruskan perjuangan Parti USNO melalui Deklarasi Semporna.

DEKLARASI SEMPORNA MENEBUS MARUAH RAKYAT SABAH

USNO telah mengambil langka dan landasan yang tepat pada hari ini dengan mengadakan kerjasama suku kaum bumiputera di Negeri Sabah , Usno juga telah memberikan amanah bagi meneruskan perjuangan USNO diletakan ditangan anak bekas Bapa kemerdekaan Sabah sendiri iaitu Datu Badaruddin Tun Mustapha Datu Harun.
Jesteru itu USNO perlu kembali bagi menyelamatkan Sabah, Menyelamatkan Bumiputera Sabah, Menyelamatkan 20 perkara dan Perjanjian Malaysia yang ditanda-tangani oleh Presiden USNO  , kelemahan USNO boleh menyebab Sabah SAKIT, tetapi Kehilangan USNO boleh menyebabkan masa depan rakyat Sabah bakal malap.
  
USNO dan BUMIPUTERA ISLAM SABAH

Disaat USNO kehilangan kuasa pada tahun 1976, Usno masih mendapat sokongan 100% kerusi Bumiputera Islam iaitu 20 kerusi. Sementara 20 kerusi KDM telah berpihak kepada Parti Berjaya dan 8 kerusi Cina, akhirnya 28 kerusi Parti Berjaya  menubuhkan kerjaaan dan USNO jadi Pembangkang dengan mesyarakat Islam Bumiputera  menjadi pendokong Parti itu di Negeri Sabah.

Sebelum USNO dibubarkan ia memilik 16 kerusi Islam dari 20 kerusi yang diperuntukan 1990 , ini bererti disaat USNO dianggap lemah pun masih mampu mewakili kerusi Bumiputera  Islam 80% di Negeri Sabah.Dengan kembalinya USNO dan berkerjasama dengan KDMR maka sejarah akan berulang seperti mana USNO dan PBS menumbang Parti Berjaya 1985 dari kedudukan 51 kerusi dalam Dun Sabah kepada 6 kerusi atau 90% kerusi BN di tawan oleh 2 kumpulan kaum ini.

Pretasi Pilihanraya PRU 13, bagi USNO adalah sebagai Ukuran sejauh mana ia diterima semula untuk menjadi pelindung kepada perjuangan rakyat Sabah, USNO akan menyertai Pilihanraya ke 13, Presiden Penajanya Datu Badaruddin Tun Mustapha telah mengumumkan penyertaan USNO pada PRU13 dan bersedia untuk mengambil atau menumpuhkan perhatian merebut semula 80% - 100% kerusi Islam di negeri ini antara 20 hingga 32 kerusi dan akan berkerjasama dengan mana kumpulan Politik dan NGO yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama.

Usno akan gunakan PRU 13, sebagai Referendum Suara Rakyat Sabah untuk mendesak Parti itu dipulihkan kembali kepada Perjuangan asalnya iaitu KEMERDEKAAN SABAH yang sebenar.

Salam Perjuangan dari Penaja USNO Sabah dan Selamat Hari Merdeka kepada semua Rakyat Malaysia khas Rakyat Negeri Sabah.

MERDEKA - MERDEKA - MERDEKA